Dimana sahaja 'dia' berada,pasti Islam kan agung semula.Bila sahaja 'dia' berbicara,pasti syaitan akan membencinya.Bagaimana sahaja 'dia' memimpin alam maya,tersenyumlah malaikat dengan bangga.Untuk apa sahaja tujuan 'dia' melangkahkan kakinya,nurnya takkan pernah berhenti menerangi insan disekelilingnya.Semoga dikaulah 'dia' yang menjadi kebanggan Agama.Amin

04 August 2008

SEJARAH HIDUP HAJI ABDUL SAMAD BIN FAKEH HAJI ABDULLAH (TOK PULAI CHONDONG)

SEJARAH HIDUP
HAJI ABDUL SAMAD BIN
FAKEH HAJI ABDULLAH
(TOK PULAI CHONDONG)



SUSUNAN:



AB SAMAD BIN HJ HAMZAH



KANDUNGAN

1. ISI KANDUNGAN ……………………………………. 1 - 2

2. SEPATAH KATA .………………................. 3 - 6

3. PENGENALAN……………………………………….. 7 - 11

4. LATARBELAKANG PENDIDIKAN
DI KELANTAN…………………………………………12 – 14

5. KELAHIRAN DAN KETURUNAN
TOK PULAI CHONDONG…………………………15 – 17

6. FALASAFAH HIDUP…………………………………18 – 19

7. MENDAPAT PENDIDIKAN DI MEKAH………. 20 - 23

8. TEMAN SEPERGURUAN…………………………. 24 – 25

9. MENGGANTI AYAH SEBAGAI IMAM……….. 26 – 27

10. MEMBUKA KAMPUNG PULAI CHONDONG … - 28

11. MENGEMBANG PENDIDIKAN ISLAM………. 29 – 30

12. ANAK-ANAK MURIDNYA……………………….. 31 – 35

13. SURAU TERBAKAR………………………………….36 – 37

14. MENARA MASJID PULAI CHONDONG………38 – 42

- 1 -

15. PERANAN DALAM MASYARAKAT…………….43 – 45

16. HUBUNGAN BAIK DENGAN ISTANA…………46 - 47

17. MEMENUHI SEMUA FAKTOR PENENTUAN
STATUS ZAMAN TRADISIONAL……………….48 - 49

18. MEMPUNYAI KEDUDUKAN
DALAM MASYARAKAT…………………………….50 - 54

19. KEISTIMEWAAN MENCARIK ADAT………….55 - 66

20. TANGKAS DALAM ILMU KEPEWIRAAN…..67 - 73

21. KELUARGANYA………………………………………74 – 75

22. MENINGGAL DUNIA …………………………….. - 76

23. WARISAN TUGAS…………………………………..77 – 79

24. SURAU TERBAKAR LAGI…………………………80 – 81

25. PENDIDIKAN ERA PENJAJAH………………… 82 – 83

26. SAINGAN DENGAN SEKOLAH AKADEMIK..84 – 86

27. NAMA TOK PULAI CHIONDONG
DIABADIKAN………………………………………… 87 – 88

28. PENUTUP ………………………………………….. 89 - 91


- 2 -

SEPATAH KATA DARI PENYUSUN

Kemasyhuran Kelantan sebagai Serambi Mekah berkait rapat dengan sekolah pondok. Kelantan ditakdirkan menjadi negeri per-cambahan sekolah-sekolah pondok lebih dari negeri-negeri lain di Semenanjung.

Institusi pondok merupakan institusi yang paling istimewa kedudukannya dalam masyarakat Melayu tradisional. Pertumbuh-annya pula berhubungkait dengan kemuncul-an ulamak.

Haji Abdul Samad (Tok Pulai Chondong) adalah salah seorang yang membarisi tokoh-tokoh ulamak yang dimaksudkan. Beliau boleh dikatakan sebagai seorang yang telah mendahului zamannya.

Beliau juga boleh dianggap sebagai orang yang terpelajar pada zamannya dan merupakan seorang elite dalam masyarakat-nya.

- 3 -
Beliau muncul sebagai pengasas pen-didikan agama di Pulai Chondong khasnya
dan di Kelantan amnya. Pembukaan pondok di Pulai Chondong dalam tahun 1820an boleh dianggap sebagai kampus yang pertama pernah didirikan di negeri Kelantan.

Keadaan dan kedudukkan Tok Pulai Chondong yang dilahirkan dalam keluarga ulamak telah membolehkan beliau memilikki sedikit kelebihan berbanding dengan orang-orang lain dewasa itu.

Sebagai imam mukim, ayahnya di-anggap sebagai orang yang paling terpelajar dalam mukimnya dan dipercayai oleh pihak pemerintah.

Imam mukim masih dianggap sebagai pemerintah, seiring dengan Tok Kweng dalam mukimnya hingga akhir abad ke sembilan belas.

Selain itu, Haji Abdul Samad juga mem-punyai hubungan yang rapat dengan baginda

- 4 -


Sultan Muhammad II (Tuan Mulut Merah) dan pernah menjadi guru kepada Raja Perempuan Kelantan (Engku Ta’ binti Long Zainal).

Haji Abdul Samad dikatakan seorang alim, seorang guru agama, seorang ahli sufi
dan seorang wali Allah yang dikurniakan beberapa kelebihan dan keistimewaan yang tidak terfikir oleh akal manusia – yang men-carik adat.

Selain menjadi ulamak, Tok Pulai Chon- dong adalah seorang pendekar yang disegani kawan dan lawan serta seorang yang arif dalam ilmu firasat bumi.

Tok Pulai Chondong dipandang mulia dan amat dihormati penduduk Pulai Chon-dong dan dianggap orang yang paling ter-kemuka sekali dewasa itu.

Pendek kata, penduduk lebih mengenali Tok Pulai Chondong berbanding dengan pe-merintah negeri.

- 5 -


Semuga usaha kecil menyusun buku yang diberi jodol: RIWAYAT HIDUP TOK PULAI CHONDONG ini akan memberi manafaat kepada sidang pembaca, sebagai suatu sumbangan dalam usaha memperingati tokoh-tokoh ulamak tanah air.



Salam persaudaraan dari penyusun.

HASHIM BIN HAJI AHMAD













- 6 -


RIWAYAT HIDUP
HJ ABDUL SAMAD BIN FAQIH HJ ABDULLAH
( TOK PULAI CHONDONG )

1
PENGENALAN

Kelantan, sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah dan tokoh-tokoh terkenal baik tokoh-tokoh agama, politik, sastrawan dan kebudayaan.

Kira-kira 30 kilometer daripada Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dalam Daerah Machang, di sana terletak Mukim Pulai Chondong.

Mukim Pulai Chondong pada awal abad kesembilan belas hingga ke akhir abad ke-
sembilan belas meliputi seluruh Daerah Pulai
Chondong sekarang ini.

Perhubungan antara Pulai Chondong

- 7 –














































































TOK PULAI CHONDONG

dengan Kota Bharu boleh dibuat dengan me-naikki gajah melalui hutan rimba yang tebal atau dengan berperahu menyusuri Sungai Kelantan, kemudian memudikki pula Sungai Bagan hingga sampai ke Pengkalan Kunyit – tempat pendaratan utama pada masa itu.

Disinilah, pada suatu masa dahulu telah lahir seorang anak bertuah yang diberi nama Haji Abdul Samad bin Faqeh Haji Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Pulai Chondong. Kemasyhorannya telah menyebabkan Mukim Pulai Chondong men-jadi harum mewangi disebut orang.




Ooooo00000ooooo




- 11 –
TOK PULAI CHONDONG
2

LATARBELAKANG PENDIDIKAN DI KELANTAN

Pada pertengahan abad kesembilan belas pendidikan bercorak keagamaan telah mendapat sambutan yang baik di Kelantan. Pemerintahan Sultan Muhammad II atau Sultan Mulut Merah (1837 – 1886) dijalankan menurut hukum-hukum Islam.

Sistem pemerintahan yang bertambah teratur dan keadaan aman dalam negeri di-bawah pemerintahan baginda telah memberi peluang kepada rakyat menumpukan perhati-an yang lebih kepada kehidupan jasmani dan rohani.

Sistem pendidikan yang dijalankan pada
masa itu adalah secara pondok atau madra-sah. Perkara-perkara yang diajar ialah men-gaji Quran, hukum-hukum agama dan doa sembahyang.

- 12 -
TOK PULAI CHONDONG


Dewasa itu, bilangan orang yang tahu menulis pula amatlah kurang. Sungguhpun ada anak-anak raja dan anak-anak orang besar-besar yang ingin belajar membaca dan menulis, ianya tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan guru.

Pulai Chondong sebagai sebuah mukim dalam negeri Kelantan tidaklah terkecuali daripada mengalami suasana pendidikan ber-corak keagamaan yang baik ini.

Perkembangan pelajaran berlaku den-gan pesat. Ramai orang dari jauh dan dekat datang menuntut di pondok Pulai Chondong.

Orang yang memainkan peranan utama dan yang boleh disifatkan sebagai pengasas pendidikan agama di Pulai Chondong ialah Haji Abdul Samad bin Faqih Haji Abdullah. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Tok Pulai Chondong.

- 13 -
TOK PULAI CHONDONG

Dengan lain perkataan, pembukaan pondok di Pulai Chondong disekitar tahun 1820an boleh dianggap sebagai kampus per-pondokan yang pertama pernah didirikan di negeri Kelantan.

Selain Pulai Chondong, pusat-pusat pengajian lain yang diketahui telah wujud di Kelantan pada pertengahan abad ke sembilan belas ialah Kampung Laut, Pasir Pekan, Pulau Beluru dan Pendek di Kota Bharu, dan Kubang Bunut di Pasir Mas.




ooooo00000ooooo





- 14 -

TOK PULAI CHONDONG

3
KELAHIRAN DAN KETURUNAN
TOK PULAI CHONDONG
Haji Abdul Samad atau Tok Pulai Chondong dilahirkan di Kampung Bukit, Pulai Chondong Kelantan kira-kira pada tahun 1792 masehi (1207 hijrah), di akhir zaman pe-merintahan Long Yunus (TM 1762 – 1794).

Nama penuh Tok Pulai Chondong ialah Haji Abdul Samad bin Faqeh Haji Abdullah bin Imam Hashim yang berasal dari Kampung Bira, Petani. Ibunya bernama Wan Mek yang juga berasal dari Patani. Saudara tuanya bernama Halimah.

Keluarga Tok Pulai Chondong adalah dari golongan ulamak. Ayahnya ialah Faqih Haji Abdullah bin Haji Hashim yang pada ketika itu menjadi Imam Mukim Kampung Bukit.

- 15 -
TOK PULAI CHONDONG

Bapanya mendapat gelaran Faqeh kerana keahliannya dalam Ilmu Fiqh. Mana-kala datuknya, Haji Hashim adalah seorang yang alim dalam Ilmu Soraf dan diberi gelaran Tok Soraf.

Saudara kepada Faqeh Haji Abdullah ialah Faqeh Deramat dan Faqeh Ali yang juga ahli dalam ilmu Fiqh.

Haji Abdul Samad adalah di antara tokoh-tokoh tempatan yang telah diabadikan dengan gelaran Tok atau Tuan. Gelaran Tok
atau Tuan adalah satu gelaran tradisi yang
sangat dihormati di Kelantan seperti Tok Imam, Tok Penggawa, Tok Mudim dan se-bagainya.

Oleh sebab Haji Abdul Samad adalah seorang Tok Guru yang menetap di Kampung Pulai Chondong maka lama kelamaan panggil-an hormat ini dirangkaikan dengan kampong kediamannya, Pulai Chondong.

- 16 -
TOK PULAI CHONDONG

Panggilan hormat ini juga diberi kepada beberapa orang ulamak terkemuka Kelantan yang lain seperti Tok Kenali, Tok Bachok, Tok Kemuning, Tuan Tabal dan lain-lain. Semua nama ini diberi samada berdasarkan kepada tempat lahir atau tempat mereka menetap.







ooooo00000ooooo









- 17 -
TOK PULAI CHONDONG
4
FALASAFAH HIDUP

Haji Abdul Samad mempunyai sifat-sifat peribadi yang terpuji - lemah lembut dan bersopan santun. Beliau juga adalah seorang yang wara’ dan gemar beribadat.

Satu daripada pusaka doa yang selalu diamalkannya ialah Hizbul-Bahar yang di-pelupuri oleh Sheikh Abu Hassan Ali Al Sha-zalli bin Abdul Jabbar, Pengasas dan Maha-guru Tariqat Shazliah (573 – 656 hijrah).

Doa ini telah diijazahkan kepada anak-anak muridnya seperti Tok Wan Ali Kutan, putera-puteranya iaitu Haji Omar dan Haji Muhammad Arshad. Haji Omar pula telah
menurunkan kepada puteranya, Haji Abdul-lah yang kemudiannya terkenal dengan gelar-an Tok Kerawat.

- 18 -

TOK PULAI CHONDONG

Haji Abdul Sanad juga dikatakan se-orang alim dan seorang guru agama. Beliau alim dalam ilmu tasauf dan ilmu fiqh.

Sebagai seorang ahli sufi, Tok Pulai Chondong sangat merendah diri dan meng- hormati sesama manusia. Beliau juga adalah wali Allah yang dikurniakan keistimewaan berbentuk karamah

Allahyarham berpegang kepada falasa-fah hidup: `Berhamba kepada Allah dengan adalah sebaik-baik hamba’. Beliau juga di-anggap orang yang terpelajar pada masa itu dan merupakan seorang elite dalam masyarakatnya.



ooooo00000ooooo



- 19 -

TOK PULAI CHONDONG
5
MENDAPAT PENDIDIKAN DI MEKAH
Semasa kecilnya, Haji Abdul Samad mendapat didikan agama daripada bapanya sendiri iaitu Faqih Haji Abdullah bin Haji Hashim yang pada masa itu bertugas sebagai seorang imam di kampungnya.

Kemudian beliau dihantar oleh bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Sungguhpun perjalanan ke Tanah Suci Mekah pada masa itu merupakan suatu perkara yang sukar tetapi Haji Abdul Samad dikatakan men gunjungi Tanah Suci beberapa kali (empat kali) kerana di sanalah sumber utama pen-getahuan agama Islam.

Pada tahun 1808 (1223 hijrah), ketika
berusia 16 tahun, Haji Abdul Samad dihantar untuk melanjutkan pelajaran buat pertama kalinya di Masjidil Haram, Mekah. Tidak di-
- 20 -
TOK PULAI CHONDONG

ketahui berapa lama beliau berada di sana (Mekah).

Kira-kira pada tahun 1840 (1256 hijrah), Haji Abdul Samad sekali lagi pergi ke Mekah kerana menunaikan fardhu Haji dan menambahkan ilmu pengetahuannya.

Semasa di Mekah Allahyarham dikata-kan pernah belajar dengan saudara dan se- pupunya, Sheikh Daud bin Abdullah Abdul Ghani, ulamak berasasl dari Patani yang sangat masyhor itu.

Beliau juga dikatakan berguru kepada
Syeikh Haji Muhammad Adham, seorang alim, mahaguru dan guru Quran yang ternama pada masa itu.

Semasa berkunjung ke Mekah pada kali ini beliau juga dikatakan telah mengambil

- 21 -

TOK PULAI CHONDONG

kesempatan untuk menziarahi makam Imam Syafie di Negara Firaun (Mesir) bersama-sama Tuan Tabal (Pengarang Kitab Sabila) dan Tuan Haji Hassan, Besut, Terengganu.

Di sana, beliau dikatakan telah berdoa memohon agar zuriatnya menjadi hamba Allah yang sejati.

Pada tahun 1861 (1278 hijrah) Allah-yarham sekali lagi menunaikan fardhu Haji bersama-sama anaknya Muhammad Arshad
yang baru berumur tiga belas tahun dan menambahkan ilmu pengetahuannya untuk di kembangkan di negeri kita. Mereka pulang pada tahun 1864 (1281 hijrah) setelah berada di sana selama tiga tahun.

Kali terakhir Tok Pulai Chondong ke Mekah ialah pada tahun 1873. Sebelum ber-angkat ke Tanah suci, Haji Abdul Samad yang sangat dikasihi Raja Perempuan Kelantan,

- 22 -
TOK PULAI CHONDONG

Engku Ta’ binti Long Zainal (permaisuari Sultan Muhammad II atau Sultan Mulut Merah) telah masuk mengadap memohon ampun perkenan kerana hendak naik ke Mekah sekali lagi.

Sekembalinya dari Tanah Suci, Haji
Abdul Samad meneruskan khidmatnya men-gembangkan agama Islam dan memimpin penduduk-penduduk Pulai Chondong hingga akhir hayatnya.

Tingginya Menara Masjid Pulai Chon-dong itu melambangkan betapa tingginya cita-cita dan hasrat Haji Abdul Samad dalam mengembangkan pelajaran dan syi`ar Islam sehingga Allahyarham dikenal di seluruh negeri Kelantan dengan nama `Tok Pulai Chondong.’

ooooo00000ooooo

- 23 -

TOK PULAI CHONDONG
6
TEMAN SEPERGURUAN
Terdapat ramai juga rakan seperguruan dan sezaman dengan Haji Abdul Samad se-masa beliau berada di Mekah. Di antara mereka itu ialah:-

i. Tuan Hassan Besut (nama sebenar nya ialah Haji Wan Hassan bin Sheikh Ishak Al Fatani) – ulamak pertama di Daerah Besut.

ii. Sheikh Abdul Malik bin Isa, Kam-pung Serangkas, Kuala Trengganu.
Cicit Tok Pulau Manis ini adalah penulis Kitab: Syarah Hukum Melayu).

iii. Haji Wan Musa Al Fatani – seorang ahli tasauf yang menjadi khadam dan pengganti Syeikh Daud selaku syeikh Haji.

- 24 -

TOK PULAI CHONDONG

Beliau kemudian menetap di Kelantan dan meninggal dunia di Kampung Tapang, Kota Bharu pada tahun 1870.








ooooo00000ooooo









- 25 -

TOK PULAI CHONDONG
7
MENGGANTI AYAH SEBAGAI IMAM
Pada permulaan zaman pemerintahan Sultan Muhammad II iaitu pada masaTok Pulai Chondong mencapai umur penuh kedewasa-an, negeri Kelantan berada dalam peperang-an saudara kerana merebut takhta kerajaan negeri Kelantan.

Setelah selesai peperangan, baginda Sultan menjalankan pemerintahan dengan aman dan menurut betul-betul hukum agama Islam. Sistem pentadbiran negeri Kelantan dikatakan bertambah-tambah teratur dari se-masa kesemasa.

Kehidupan rakyat Kelantan ketika itu diceritakan dengan detail oleh Munsyi Abdullah yang kebetulan melawat Kelantan pada TM 1838.

Apabila bapanya Faqih Haji Abdullah

- 26 -
TOK PULAI CHONDONG

meninggal dunia, Haji Abdul Samad meng-gantikan bapanya menjadi Imam Mukim
Kampung Bukit sekembalinya dari Mekah pada kali yang kedua.

Sebagai seorang Imam, adalah menjadi kewajipannya mengajar hukum-hukum agama Islam kepada anak mukimnya. Ini merupakan titik permulaan dalam kehidupannya sebagai seorang guru agama dan pemimpin masya-rakat.





ooooo00000ooooo






- 27 -

TOK PULAI CHONDONG

8
MEMBUKA KAMPUNG PULAI CHONDONG

Tidak berapa lama selepas ayahnya, Fakeh Haji Abdullah meninggal dunia, Haji Abdul Samad membuka sebuah kampong dan mendirikan sebuah surau di suatu tempat yang sekarang ini dipanggil Kampung Bilal Talib.

Secara kebetulan di pinggir kampong yang baru diteroka itu (Kampung Tok Mat), terdapat sepohon pokok pulai yang besar dan condong.

Mengambil sempena pokok itulah maka kawasan sekitar perkampungan yang baru diteroka itu dipanggil Kampung Surau Pulai Chondong.

ooooo00000ooooo

- 28 -

TOK PULAI CHONDONG
9
MENGEMBANG PENDIDIKAN ISLAM

Haji Abdul Samad telah mengembang-kan pendidikan Islam di surau yang baru di-binanya. Para pelajarnya datang dari jauh dan dekat, termasuk dari Ulu Tenggiri.

Kebanyakan mereka ini berperahu men yusur Sungai Kelantan, kemudian memudikki Sungai Bagan hingga sampai ke Pengkalan Kunyit – tempat pendaratan utama pada masa itu. Akhirnya muncullah satu kampus perpondokan yang besar di sekitar Surau Pulai Chondong.

Sebagai guru agama, tugas Allahyarham yang besar ialah mengembangkan pengajaran
agama Islam dan mendidik budipekerti penduduk-penduduk Pulai Chondong.

- 29 -

TOK PULAI CHONDONG

Tugas ini jauh lebih penting daripada yang kita fikirkan sekarang bila mengingatkan bahawa proses penyebaran dan perkembang-an agama Islam di negeri kita masih dalam peringkat awal.

Kemudahan percetakan (seperti kitab, kertas dan lain-lain) dan kemudahan-kemudahan pendidikan yang lain, jika ada, amat sedikit dan sukar didapati.

Dalam keadaan serba kurang ini, Haji Abdul Samad dikatakan telah mempunyai ramai murid yang terdiri dari penduduk-penduduk Pulai Chondong sendiri dan orang-orang dari kawasan luar Pulai Chondong, dan
telah berjaya menghasilkan beberapa orang alim yang masyhor.

Asas pendidikan agama yang diletakkan oleh Haji Abdul Samad itu diteruskan dengan jayanya oleh anak cucunya.

Ooooo00000ooooo
- 30 -
TOK PULAI CHONDONG

10
ANAK-ANAK MURIDNYA
Tok Pulai Chondong mempunyai anak murid yang ramai yang asalnya dari dalam dan luar negeri. Di antara anak-anak murid-nya yang terkenal yang kemudiannya muncul menjadi orang yang ternama di Kelantan ialah:-

i. Haji Wan Muhamad Ali bin Abdul Rahman – seorang ulamak dan pengarang terkenal yang berasal dari Kampung Kutan, Kelantan tetapi menetap di Kota Mekah.

Beliau tidak belajar di Pulai Chondong, tetapi berguru dengan
Tok Pulai Chondong semasa ber-ada di Mekah. Pengarang kitab Lamatul Aurad ini meninggal kira-kira pada tahun 1913.
- 31 -
TOK PULAI CHONDONG

ii. Haji Jamaluddin bin Muhamad Mustapha adalah ulamak ter-kemuka, guru agama diraja dan pemimpin tempatan yang ber-pengaruh di kawasan Peringat.

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Jamal. Beliau me-ninggal dunia pada tahun 1886.

iii. Haji Yaacob bin Muhammad – seorang ulamak yang dianggap keramat. Beliau diberi gelaran
Tok Ayah Chekeli, Beta.
Beliau juga terkenal kerana `Senjata Fakirnya’ (sejenis doa pembinasa). Beliau meninggal dunia pada tahun 1907.

iv. Haji Ahmad bin Muhammad ada-lah seorang yang gemar beramal. Adik Haji Yaacob (Tok Chekeli) ini meninggal pada penghujung 1915.
- 32 -
TOK PULAI CHONDONG

v. Haji Muhamad Saman bin Haji Wan Taib adalah seorang warak dan ahli ibadat yang diberkati. Waris Mat Kilau ini meninggal dunia sekitar tahun 1916 / 1917.

vi. Haji Omar bin Haji Abdul Samad
(anak Tok Pulai Chondong) adalah seorang soleh dan tidak suka men campuri hal ehwal duniawi. Imam Kerawang ini meninggal dunia pada tahun 1911.

vii. Haji Muhammad Arshad bin Haji Abdul Samad (anak Tok Pulai Chondong). Beliau adalah seorang ulamak yang melanjutkan khid-mat Tok Pulai Chondong khusus-nya sebagai guru pondok dan Imam Surau Pulai Chondong. Beliau meninggal dunia pada tahun 1912.

- 33 -

TOK PULAI CHONDONG

Apabila Haji Muhammad Arshad meninggal dunia, jawatan imam dipangku oleh Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Majid (menantu-nya) kerana anaknya, Haji Muham mad bin Haji Muhamad Arshad berada di Mekah.

Haji Muhammad diganti oleh anaknya, Haji Hamzah bin Haji Muhamad dan diikuti dengan Haji Yusoff bin Haji Muhammad.

viii. Haji Wan Abdul Kadir bin Haji Wan Sulaiman adalah guru utama masyarakat Raja Limbat dan
daerah sekitarnya. Beliau me-ninggal dunia pada akhir abad ke 20.

viii. Haji Abdul Ghani (Derani) Pangkal Gong. Beliau juga adalah saudara sepupu kepada Tok Pulai Chon-dong sebelah ibunya.

- 34 -
TOK PULAI CHONDONG

ix. Haji Muhammad Bendang Ruyung, Petani. Beliau berasal dari Kam- pung Dewan, Kota Bharu dan di- katakan seorang yang soleh dan bermulut masin. Beliau meninggal di Patani sekitar tahun 1950.








oooo00000ooooo








- 35 -
TOK PULAI CHONDONG
11
SURAU TERBAKAR
Pada tahun 1856 (1273 hijrah) surau yang didirikan oleh Haji Abdul Samad itu dengan takdir Tuhan hangus dijilat api.

Dengan kerjasama anak-anak Mukim Pulai Chondong, pada tahun itu juga Haji Abdul Samad mendirikan sebuah surau lain di tepi Sungai Pulai Chondong yang jauhnya kira-kira sesuku batu dari surau yang ter-bakar itu.

Surau yang baharu didirikan itu kemudiannya dilengkapkan dengan member,
gendang dan menara. Ketiga-tiga bahan peninggalan sejarah ini masih wujud dan
terdapat di masjid Pulai Chondong. Ianya yang amat berguna untuk dijadikan bahan kajian.

Sesungguhnya, peninggalan-peninggalan
- 36 -
TOK PULAI CHONDONG

sejarah ini boleh memberi gambaran yang jelas tentang peranan dan kedudukan Haji Abdul Samad dalam masyarakat.











MEMBER MASJID PULAI CHONDONG
oooo00000ooooo
- 37 -

TOK PULAI CHONDONG
12
MENARA MASJID PULAI CHONDONG
Menara Masjid Pulai Chondong yang hingga sekarang masih lagi merupakan satu objek kemegahan tempatan telah dibina oleh Haji Abdul Samad bin Faqeh Haji Abdullah pada tahun 1856 (1273 masehi).

Menara ini tingginya 57 kaki, berbentuk lapan segi sekata dan berukuran lilit luar 12 kaki 6 inci. Ditengah-tengah menara ini di-dirikan sebatang tiang (yang tidak ber-sambung) sebagai paksi.

Paksi ini juga berbentuk lapan segi se- kata, berukuran lilit disebelah bawah 43 inci
dan disebelah atasnya 24 inci; dan dikatakan ditanam di dalam tanah sedalam 28 inci.

Menara ini dibuat secara gotong royong dengan menggunakan tenaga beratus-ratus
orang lelaki. Perekabentuknya dikatakan Haji Abdul Samad sendiri.
- 38 -
TOK PULAI CHONDONG













MENARA MASJID PULAI CHONDONG
MENARA MASJID PULAI CHONDONG

- 39 -

TOK PULAI CHONDONG

Semua bahagian menara ini diperbuat daripada kayu cengal batu yang hanya meng-gunakan beliong, kapak dan pahat sahaja. Kesan-kesan beliong dan kapak masih lagi kelihatan pada paksi itu.

Kayu untuk paksi dan dindingnya di-ambil di Bukit China iaitu suatu tempat lebih kurang tiga batu dari Pulai Chondong.

Untuk naik ke atas, disediakan 23
batang anak tangga yang jaraknya antara satu sama lain purata 1 kaki 8 inci. Anak-anak tangga yang berbentuk trapizam ini di-lekatkan hujung-hujungnya kepada paksi dan kepada bahagian luar (dinding) menara itu.

Dengan demikian anak-anak tangga ini juga mengikat dan mengukuhkan kedudukan tegak menara itu. Tangga ini dibuat ber-keliling paksi mengikut arah lawan pusingan jarum jam.

- 40 -
TOK PULAI CHONDONG

Di bahagian atas menara itu iaitu di tempat bilal mengalunkan azannya diberi perlantaian.

Pintu masuk ke tempat itu ialah sebuah lubang berbentuk seakan-akan separuh bulat-
an berukuran 1 kaki 9 inci pada bahagiannya yang paling panjang.

Dari lantai ke rasuk tingginya 6 kaki. Ini bererti orang yang tingginya kurang dari 6 kaki boleh berdiri tegak dengan senang.

Keteguhan menara ini telah teruji apa-bila Kelantan di pukul Ribut Besar pada tahun 1880 (1297). Semua pokok-pokok yang besar dan kecil di sekitarnya tumbang ber-gelimpangan tetapi dengan kehendak Allah, Menara ini sedikit pun tidak terjejas oleh tiupan taufan itu.

Pada bulan Disember 1958 Menara ini telah dibaikki sedikit: atapnya diganti baharu, dindingnya di bahagian bawah sekali

- 41 -
TOK PULAI CHONDONG

dikerat sedikit bagi membolehkan tapaknya disemin dan kedudukannya telah ditegakkan beberapa darjah.

Pada 10 April 2003, Menara ini sekali dibaikpulih. Buah guntung daripada kayu cengal yang repuk dimamah usia itu telah di-ganti dengan yang baru.

Bunga hiasan yang diperbuat daripada besi disekeliling hujung atap menara pula diganti dengan kayu. Lantai yang sudah reput juga diganti dengan yang baru.

Dinding kayu yang menutupi sebahagi-an daripada tempat duduk bahagian atas menara itu diganti dengan kepingan cermin berwarna. Pembaikpulihan ini siap dilakukan pada 26 Oktober 2003 yang lalu

Menara ini dapat dianggap sebagai suatu binaan sejarah yang amat penting dan wajar mendapat perhatian dan perlindungan Arkib Negara dengan seberapa segeranya.
- 42 -
TOK PULAI CHONDONG
13
PERANAN DALAM MASYARAKAT

Peranan Haji Abdul Samad dalam bidang pelajaran dan pendidikan, dan ke-dudukannya dalam masyarakat haruslah di-lihat dalam kontek masyarakat pada zaman-nya dalam mana sebilangan besar penduduk adalah buta huruf dan sistem nilai mereka masih bersifat tradisional tulin.

Selaku Imam Mukim, tugas Haji Abdul Samad yang paling utama ialah mempastikan bahawa tiap-tiap orang anak mukimnya men-getahui fardhu `ain dan memimpin anak mukimnya dalam segala upacara keagamaan,
misalnya mengetuai sembah-yang, men-yempurnakan pengkebumian, menjalankan upacara nikah kahwin dan sebagainya.

Oleh kerana institusi qadhi dan institusi-institusi agama yang lain belum lagi

- 43 -

TOK PULAI CHONDONG

wujud pada ketika itu, Imam juga menjalan-kan fungsi-fungsi lain yang ada hubungan dan kena mengena dengan pengajaran agama dan hukum-hukum Islam.

Di antara fungsi-fungsi imam ialah men-yelesaikan pembahagian pusaka, membicara-kan perselisihan suami-isteri, mengeluarkan fatwa kepada anak mukim, memberi nasihat kepada orang-orang yang hendak menunaikan fardhu Haji dan lain-lain lagi.

Suatu hakikat yang harus disedari ialah pada zaman tradisional, Imam Mukim adalah dianggap seorang yang paling terpelajar di-dalam mukimnya dan dipercayai oleh pe-merintah.

Seorang Imam itu, selain daripada men- jalankan tugas-tugasnya yang berhubung dengan agama juga memainkan peranan dalam bidang pentadbiran.

- 44 -


TOK PULAI CHONDONG

Sungguhpun jawatan Tok Kweng telah wujud pada ketika itu, tetapi jawatan itu tidak penting dan efektif, dan Imam Mukim
masih lagi dianggap sebagai golongan pe-merintah atau pentadbir dalam mukimnya hingga akhir abad kesembilan belas.

Oleh yang demikian, Imam Mukim ada-lah seorang yang bertanggungjawab dalam pelbagai perkara yang biasa dijalankan sekarang ini oleh beberapa personnel.

Surau yang satu-satunya tempat per-himpunan orang ramai pada zaman tradisio-nal bukan sahaja merupakan tempat ibadat tetapi juga sebagai pejabat dan dewan di mana segala masalah penduduk dalam mukim itu dibincang dan diputuskan.




ooooo00000ooooo

- 45 -
TOK PULAI CHONDONG
14
HUBUNGAN BAIK DENGAN ISTANA
Haji Abdul Samad mempunyai hubungan yang rapat dengan baginda Sultan Muhamad II (Tuan Senik Mulut Merah). Allahyarham di-katakan pernah menjadi guru kepada Raja Perempuan Kelantan.

Sebelum berangkat ke Tanah suci buat kali keempatnya, Haji Abdul Samad yang sangat dikasihi Raja Perempuan Kelantan, Engku Ta’ binti Long Zainal (permaisuari Sultan Muhammad II atau Sultan Mulut Merah) telah masuk mengadap memohon ampun perkenan kerana hendak naik ke Mekah sekali lagi.

Diceritakan bahawa Raja Perempuan agak keberatan untuk melepaskan guru baginda itu. Tok Pulai Chondong sembah: “Ayah gi kali ini tak lama. Ayah gi enam bulan jah”.
- 46 -
TOK PULAI CHONDONG

Pada musim jemaah Haji pulang, Raja permaisuri dikatakan pergi menunggu di-pelabuhan Singapura. Alangkah pilunya hati baginda apabila mendapat tahu yang guru baginda telah meninggal dunia semasa ber-ada di Mekah.

Haji Abdul Samad (Tok Pulai Chondong) rupa-rupanya telah tahu ajalnya akan men-jelma enam bulan selepas meninggalkan bumi Kelantan.




ooooo00000ooooo




- 47 -



TOK PULAI CHONDONG
15
MEMENUHI SEMUA FAKTOR
PENENTUAN STATUS ZAMAN TRADISIONAL

Haji Abdul Samad dipandang mulia dan amat dihormati oleh penduduk-penduduk Pulai Chondong dan dianggap sebagai orang yang paling terkemuka sekali pada masa itu.

Sesungguhnya allahyarham telah me-menuhi hampir semua faktor penentuan status pada zaman tradisional.

Beliau adalah tempat mereka ber-lindung, tempat luahan perasaan dan masalah. Mereka lebih mengenali Haji Abdul Samad berbanding dengan pemerintah negeri.

Keupayaan Haji Abdul Samad mendiri-kan Masjid Pulai Chondong itu menunjukkan dengan jelas bahawa:
- 48 -

TOK PULAI CHONDONG

i. Haji Abdul Samad mempunyai pengikut yang ramai dan peng-ikut-pengikutnya bekerjasama antara satu sama lain dibawah pimpinannya,

ii. Haji Abdul Samad mempunyai pengaruh yang kuat dan amat di-segani oleh penduduk-penduduk Pulai Chondong.

iii. Haji Abdul Samad mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam reka bentuk. Beliau adalah
perekabentuk Menara Surau Pulai Chondong yang sangat masyhor dalam sejarah tempatan itu.



ooooo00000ooooo


- 49 -

TOK PULAI CHONDONG
16
MEMPUNYAI KEDUDUKAN
DALAM MASYARAKAT

Haji Abdul Samad mendapat kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat. Keadaan ini terjadi kerana:-

i. Haji Abdul Samad ialah seorang Imam. Kedudukan seorang Imam pada zaman tradisional adalah lebih penting daripada kedudukan Tok Kweng.

ii. Secara langsung atau tidak jawat-an Imam yang dipegang oleh Haji Abdul Samad itu diiktiraf dan di-sokong oleh wibawa yang ter-tinggi. Faktor ini amat mustahak dalam kewibawaan seseorang pe-mimpin.

iii. Haji Abdul Samad bolehlah di-anggap sebagai pemimpin tempat
- 50 -

TOK PULAI CHONDONG

an yang berpengaruh dan di-hormati. Kesukaran perhubungan dengan ibu negeri menyebabkan perhatian penduduk begitu banyak tertumpu kepada pe-mimpin tempatan.

iv. Haji Abdul Samad mempunyai sifat-sifat peribadi yang terpuji. Allahyarham dikatakan amat lemah lembut dan sopan santun.

Sebagai seorang sufi, Allah-yarham sangat merendah diri dan menghormati sesama manusia.

v. Haji Abdul Samad ialah seorang alim dan seorang guru agama. Allahyarham dianggap orang yang terpelajar pada masa itu dan me-rupakan seorang elite dalam masyarakatnya.

- 51 -


TOK PULAI CHONDONG

Namanya masyhor keseluruh negeri Kelantan dan Allahyarham dikunjungi oleh orang ramai ter-masuk pembesar-pembesar negeri kerana berbagai-bagai tujuan walaupun Haji Abdul Samad
sendiri tidak ingin dikunjungi se-demikian rupa.

vi. Haji Abdul Samad juga adalah se-
orang `abid (ahli ibadat) yang warak dan terkenal dengan sifat-sifat terpuji.

vii. Beliau juga adalah wali Allah yang dikurniakan keistimewaan ber-bentuk karamah.

viii. Haji Abdul Samad dianggap orang yang mula-mula membuka kam-pong Pulai Chondong. Allah-yarham dikenal jauh dan dekat sebagai Tok Pulai Chondong.
Kampung-kampung lain dalam
- 52 -

TOK PULAI CHONDONG

Daerah Pulai Chondong sekarang,
kecuali Kampung Bukit, mendapat nama masing-masing terkemudian dari nama Pulai Chondong. Contohnya ialah Kampung Bilal Talib. Talib ialah Bilal Imam Haji Abdul Samad.

ix. Haji Abdul Samad adalah seorang pendekar yang disegani kawan dan lawan.

x. Haji Abdul Samad mempunyai bilangan keluarga yang ramai. Kebanyakan penduduk Pulai Chon-dong pada masa itu adalah ber- saudara dengannya.

Oleh yang demikian, ke-dudukannya sebagai imam dan sebagai pemimpin tempatan telah mendapat sokongan dari se-bilangan besar penduduk.
- 53 -


TOK PULAI CHONDONG

xi. Haji Abdul Samad juga adalah ketua keluarga yang bertanggung-jawab. Anaknya, Muhammad Arshad dibawa bersama-sama ke Mekah untuk mendalami ilmu ke-agamaan.

xii. Bapanya, Faqih Haji Abdullah ia-lah seorang alim. Beliau men-dapat gelarah `Faqih’ (Juris-prudent) kerana kebijaksanaan-nya dalam ilmu fiqh.

Datuknya, Haji Hashim ialah Imam Kampung Bukit (dikenali se-
bagai Imam Bukit) dan juga se-orang alim. Beliau digelar Datok Soraf kerana kealimannya dalam Ilmu Soraf (Etymology). Jadi Haji Abdul Samad adalah dari keluarga orang yang terkemuka.


ooooo00000ooooo
- 54 -
TOK PULAI CHONDONG
17
KEISTIMEWAAN MENCARIK ADAT
Sesungguhnya amalan yang mencukupi syarat itu berkat. Sebagaimana wali Allah yang lain, Tok Pulai Chondong juga dikurnia-kan beberapa kelebihan dan keistimewaan yang tidak terfikir oleh akal manusia biasa – yang mencarik adat.

Peristiwa-peristiwa pelik dalam ke-hidupan Tok Pulai Chondong tidak dicatat dalam buku-buku sejarah. Ia hanya dicerita dari mulut ke mulut dan dibarikan dari satu generasi ke generasi yang lain. Di antara peristiwa-peritiwa tersebut ialah:-

i. Berlaku sesuatu tidak
seperti diduga:

Pada suatu petang, sekumpulan anak Mukim Pulai Chondong pergi ke Bukit China bertujuan meng-

- 55 -
TOK PULAI CHONDONG

usung batang kayu untuk dijadi-kan tiang surau.

Ketika hendak bertolak balik, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Mereka menjadi resah, terutama bagi mereka yang memakai kain pelikat benang Belanda yang terkenal mudah basah itu.

Untuk mengelak daripada
kainnya basah, ada di antara mereka yang rela bertelanjang. Mereka membungkus kain dalam daun kayu dan diletak atas bahu sebagai usungan, sekaligus me-lindungi kain pelikat tersebut dari pada basah terkena air hujan.

Kemudian, salah seorang daripada mereka memecah ke-sunyian: “ Kan teparak dengan Ayah ?” (maksudnya: jangan-
- 56 -

TOK PULAI CHONDONG

jangan terserempak dengan ayah guru).

Rakannya pula menyampuk: “Tak kan nya mari hujan-hujan
gini” (maksudnya: tak mungkin dia datang hujan lebat begini).
Selepas berjalan tujuh langkah, tiba-tiba muncul Tok Pulai Chon- dong.

ii. Anak buah selamat dari
pokok yang tumbang:

Untuk mendirikan menara surau, anak mukim bergotong royong menebang kayu Cengal Batu di Bukit Meninjau.

Proses menebang pokok ter-sebut mengambil masa yang agak lama – sejak waktu pagi sampai masuk waktu Asar barulah umbi
pokok tersebut putus.
- 57 -
TOK PULAI CHONDONG

Mereka kemudiannya sama-
sama menunaikan sembahyang fardhu Asar. Sebaik saja selesai sembahyang, pokok yang putus itu pun tumbang menimpa para penebang.

Anehnya, dengan kehendak Allah s.w.t, tiada seorang pun yang cedera. Pucuk kayu ter-sebut tidak rapat ke bumi dan tidak sampai menindih mereka lantaran lebatnya daun dijulai dan ranting.

iii. Balak terdaya diangkat setelah dinaikkinya seketika.

Dalam satu peristiwa yang lain, anak buah Tok Pulai Chon-dong tidak terdaya menarik (apa-tah lagi mengusung) batang balak untuk membina surau.
- 58 -

TOK PULAI CHONDONG

Hanya setelah Tok Pulai Chondong naik ke atas kayu itu seketika barulah terdaya ditarik oleh lebih 80 orang lelaki dewasa.

iv. Lubang tiang yang
digali tidak berair:

Lubang untuk menimbus tiang paksi menara digali sedalam
kira-kira 28 kaki. Anehnya, tidak ada air, sedangkan di ruang tapak
telaga surau, air membuak keluar apabila digali sedikit sahaja. Ini menunjukkan bahawa Tok Pulai Chondong arif dalam ilmu firasat bumi).

v. Bunyi paluan geduk lantas ke Ulu Kelantan:

Menurut satu riwayat tradisi, kononnya bunyi paluan geduk

- 59 -

TOK PULAI CHONDONG

Surau Pulai Chondong lantas se-hingga sampai ke Ulu Kelantan.

Orang Ulu berpesan, kalau perlu tenaga tambahan ketika
hendak mendirikan menara surau kelak, palulah geduk sebagai isyarat.

Mereka juga bersetuju mem bawa damar guna menimbus lubang menara. Tetapi Tok Pulai Chondong berkata: `Tak apalah, kambus dengan tanah biasa pun kayu menara akan tahan dan tidak mudah kocer (mengecil). Tambahan pula bahagian tengah-nya dipasang tambah dengan kayu lain, mengukuhkan kedudukan tegak menara”

Telahan Tok Pulai Chondong

- 60 -

TOK PULAI CHONDONG

memang tepat sekali kerana se-hingga ke hari ini pun – selepas 1 1/3 abad, menara kayu tersebut terbukti masih teguh.

vi. Tahu niat Raja:

Pada suatu hari Tok Pulai Chondong menyuruh anak-anak pondoknya mengerat kayu geduk agar pendek sedikit tanpa mem-beritahu sebabnya.

Sebaik saja sudah dikerat, tibalah rombongan Di Raja dari ibu negeri. Kononnya, semasa dalam perjalanan baginda memang ada berniat iaitu: “Se-
kiranya geduk Pulai Chondong lebih panjang dari geduk Kota Bharu, beta bercadang untuk menukarnya.”

- 61 -

TOK PULAI CHONDONG

Setelah diukur, ternyata geduk Pulai Chondong adalah lebih pendek. Jadi terselamatlah geduk itu dari diambil Raja.

vii. Rasa hendak pulang ke kampung

Setelah berapa lama me-nuntut ilmu di Mekah, Haji Abdul Samad masuk memberitahu guru nya tentang hasrat beliau hendak pulang ke Pulai Chondong. Kata gurunya: Pulanglah, kerana kakak
mu pun sedang sakit.
Apabila tiba di kampong di-dapati memang Halimah, (kakak-nya) sedang uzur.

viii. Mulut masin:

Tok Pulai Chondong juga di-sebut-sebut sebagai seorang yang bermulut masin dan sering di-

- 62 -

TOK PULAI CHONDONG

kunjungi mereka yang ingin me-lepas nazar masing-masing.

Pada suatu pagi, selepas mengajar kitab, masuklah be-berapa orang pengunjung ke pekarangan surau mengheret kambing, mengusung beras, mem-
bawa perdu lengkuas dan rempah ratus lainnya untuk membayar nazar.

Melihat apa yang terjadi, Tok Pulai Chondong merungut di depan Derani (kemudian dikenali dengan Haji Abdul Ghani, Pangkal Gong yang juga sepupu sebelah ibunya), muridnya dengan nada sedih: “Pagi-pagi lagi bala sudah sampai”.

Maksud bala di sini ialah bala ibadat. Orang-orang itu

- 63 -

TOK PULAI CHONDONG

datang dengan tujuan: “nak mari pelepas niat, pakat bergulai dan
berjamu makan di Surau Pulai Chondong.”

Tok Pulai Chondong takut kepada perasaan ujub yang boleh memusnahkan ibadat seseorang.

ix. Nyior ditanam tak
dimakan tupai:

Tok Pulai Chondong ada menanam kelapa (nyior) di kawasan bukit tetapi buah kelapa yang ditanam-nya bebas dari ditebok tupai. Sebab itu, dapatlah dimakan yang kotel-kotel sokma (kelapa tua selalu).

xi. Berada di Masjidil Haram:
Pada saat-saat tertentu Tok Pulai Chondong tidak kelihatan di Pulai
Chondong.
- 64 -
TOK PULAI CHONDONG

Kononnya, orang Kelantan yang berada di Mekah ada ter-nampak ia bersembahyang di Masdil Haram.

x. Mengambil Buah Durian
di kampong:

Mengikut riwayat tradisi, pada suatu ketika (semasa me-nuntut di Mekah), Tok Pulai Chon-dong dikatakan pulang meng-ambil buah durian di Pulai Chon- dong dan dalam masa 24 jam itu juga sudah berada semula di Kota Mekah sedangkan tempuh per-jalanan kapal pada masa itu me-makan masa berbulan-bulan.

xi. Amaran rebut mendatang:

Pada tahun 1873, sebelum berangkat ke Mekah untuk kali ke empat dan terakhir, Tok Pulai
- 65 -

TOK PULAI CHONDONG

Chondong sempat menyampaikan amanat kepada anak muridnya ia-itu Haji Abdul Ghani Pangkal Gong supaya jangan lupa menebang pokok kelapa yang tinggi-tinggi disekeliling surau kerana katanya:
“kita ni nak mari ribut”.

Ribut yang dimaksudkan itu ialah petaka Angin Besar tahun 1880 yang sangat masyhor dalam sejarah Kelantan.

Ribut tersebut seolah-olah hendak menguji Menara Masjid Pulai Chondong. Semua pokok-pokok yang besar dan kecil di sekitar menara tersebut tumbang bergelimpngan, tetapi dengan ke-hendak Allah, Menara itu tetap berdiri dengan megahnya hingga sekarang.

- 66 -

TOK PULAI CHONDONG
18
TANGKAS DALAM ILMU KEPERWIRAAN
Haji Abdul Samad bukan saja alim dalam ilmu-ilmu keagamaan malah muslihat ke-duniaan pun diceburi sama. Beliau dikatakan mampu melompat dan melenting naik ke atas bumbung yang tinggi-tinggi.

Semua ini ternyata apabila terakam beberpa kejadian yang menggambarkan ke-tangkasannya dalam ilmu keperwiraan. Di antara peristiwa tersebut ialah:

i. Diserang dan disamun
perompak:

Semasa menuntut di Mekah Haji Abdul Samad pernah di-lantik menjadi ketua rombongan ke Madinah. Sepanjang perjalan-an, dia sering mendahului rom-

- 67 -

TOK PULAI CHONDONG

bongannya kerana membuat tin-
jauan.

Dalam salah satu misi tin-jauan itu dia diserang dan di-samun termasuk pakaiannya. Kepalanya ditetak (pukul dengan benda tajam) sehingga pengsan.

Gerombolan penyamun ter-sebut menyangka dia telah mati, lalu meninggalkannya ditengah gurun. Keesokan baru beliau sedarkan diri.

Luka akibat serangan di-
kepalanya telah telah meninggal-kan parut. Peristiwa ini telah men dorong beliau mempelajari seni silat dan ilmu kepahlawanan apa-bila kembali ke tanah airnya.

ii. Bersilat melepasi luar gelanggang:

- 68 -

TOK PULAI CHONDONG

Pada suatu malam, ketika Tok Pulai Chondong hendak sembahyang Isyak, terdengarlah paluan tetawak. Beliau lalu ber-tanya anak-anak muridnya: ‘Bunyi apa tu ?”.

Mereka memberitahunya bahawa pada malam tersebut,
Pak Da Samat dari Kampung Tok Kaya hendak membuka gelang-
gang silat (atas permintaan pemuda-pemuda tempatan).

Haji Abdul Samad bergegas ke gelanggang baru itu. Apabila budak-budak muda melihat ke-hadirannya, mereka terus lari ber sembunyi sambil mengintai dari jauh.

Pendekar Pak Da Samat men yambut kedatangan Tok Pulai Chondong serta bertanya: “Adik
- 69 -

TOK PULAI CHONDONG

Haji mari duano ?” (maksudnya: dia datang dari mana ?

Tok Pulai Chondong men-jawab: “Ambo mari nak main dengan abang la. Kalu alah abang, buka semula (maksudnya:
tanggalkan bangsal gelanggang). Kalu kalah ambo, langsung (maksudnya: teruskan).

Mereka bersilat hingga me-lepasi luar gelanggang namun tidak ada yang menang-kalah. Tok Pulai Chondong melenting naik atas bumbung. Pendekar Pak Da Samat pun boleh juga.

Akhirnya bakar seludang nyiur dan bertikam pula dalam
kain sarung yang luasnya sesempit tujuh hasta. Pun sama-sama tidak
kena dan tidak dapat menjatuh-kan sesama sendiri.
- 70 -
TOK PULAI CHONDONG

Kesudahannya, perlawanan berakhir begitu saja – tanpa kalah
menang. Tok Pulai Chondong ber- setuju gelanggang dibuka tetapi latihan hendaklah dimulakan se-lepas waktu orang selesai solat Isyak.

Alasannya ialah kerana bim-bang hati makmum dan orang yang lain bersembahyang akan terlalai apabila mendengan bunyi
paluan tetawak serta gema gen-dang iringannya.

iii. Amaran kepada Dato’ Labok:

Suatu masa seorang pera-wan jelita yang bernama Che Mas telah lari masuk ke Kampung Pulai Chondong kerana enggan berkahwin dengan seorang kera-bat Raja Jembal (berhampran
Kedai Lalat, Kota Bharu).
- 71 -

TOK PULAI CHONDONG

Pihak bakal pengantin lelaki meminta Bantuan Dato’ Labok @ Haji Zainal Abidin yang ber-jawatan Tok Kweng supaya tolong berunding.

Dato’ Labok segera ke Pulai Chondong dan puak Raja Jembal pun ikut sama. Mereka menanti Tok Pulai Chondong di suatu tanah datar di pinggir kampong.

Pada peringkat awalnya Tok Pulai Chondong cuba menafi ada melindungi perawan tersebut. Puak Raja Jembal naik panas hati, lalu melepas geram: Tok guru pun belawak juga ? (bermaksud: Tok Guru pun pandai bercakap bohong juga ke ?)

Tok Pulai Chondong mem-pertahankan hak gadis tersebut,

- 72 -
TOK PULAI CHONDONG

lalu memberi kata dua kepada Dato’ Labok: “… Dato’ jangan cuba rapat. Kalu rapat kena tikam; kerana (walaupun) ambo kenal Dato’, tapi keris ambo tak kenal Dato’.”

Akhirnya Dato’ Labok dan orang-orang Raja Jembal ber-undur pulang.






ooooo00000ooooo




- 73 -

TOK PULAI CHONDONG
19
KELUARGANYA
Tok Pulai Chondong adalah seorang pengamal poligami. Hasil perkongsian hidup dengan empat orang isterinya iaitu: Mek Madusa, Rabiayah (Ba’ayah), Thamthani dan Zaleha, beliau dikurniakan enam belas orang anak. Empat daripadanya meninggal dunia se waktu masih kecil dan tidak diketahui jantinanya.

Anak-anak dengan ibunya:

1. Thamtani ialah:
i. Haji Mohamad Arshad
ii. Haji Abdul Aziz @ Haji Muda
iii. Haji Abdul Syukur
iv. Haji Taib – Imam Bagan

2. Zaleha ialah:
v. Haji Abdullah@ Tok Kerawat
vi. Haji Kechik (Haji Muhamad)

- 74 -

TOK PULAI CHONDONG

3. Ba’ayah ialah:
vii. Haji Said
viii. Hajah Kelthom
ix. Hajah Meriam
x. Haji Omar – Imam Kerawang

4. Mek Madusa ialah:
xi. Hajah Zainab
xii. Haji Abdul Hamid

Disamping itu terdapat dua orang lagi isteri (tidak serentak) iaitu: Hajah Che
Urai dan (orang Perak) tetapi tidak di-kurniakan anak.




Ooooo00000ooooo





- 75 -
TOK PULAI CHONDONG
20
MENINGGAL DUNIA
Haji Abdul Samad meninggal dunia di-Mekah pada tahun 1874 (1290 hijrah) pada akhir zaman pemerintahan Sultan Muhammad II atau lebih terkenal dengan Sultan Mulut Merah (TM 1837 – 1886) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maala (berhampiran dengan kubur Siti Khadijah).

Pada musim jemaah haji pulang, Raja permaisuri dikatakan pergi menunggu beliau di pelabuhan Singapura. Alangkah pilunya hati baginda apabila mendapat tahu yang
guru baginda telah meninggal dunia semasa
berada di Mekah.

Mengikut salah seorang piutnya, Tok Ayah Surau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika negeri Kelantan diselubungi awan mendung musim tengkujuh yang biasa berlaku pada setiap akhir tahun masehi.

- 76 -
TOK PULAI CHONDONG
21
WARISAN TUGAS

Setelah Haji Abdul Samad meninggal dunia pada tahun 1874 (1290 hijrah), usaha-usaha mengembangkan agama Islam kepada penduduk-penduduk Pulai Chondong yang di-asaskan oleh Allahyarham itu diteruskan oleh anaknya Haji Muhammad Arshad bin Haji Abdul Samad dengan bertambah-tambah jaya lagi.

Haji Muhammad Arshad dikatakan amat rapat dengan baginda Sultan terutamanya dengan Sultan Muhammad IV, iaitu sebagai lanjutan kepada hubungan yang telah terjalin
semenjak bapanya lagi.

Hubungan yang rapat dengan pihak atasan ini menambahkan masyhor nama Haji Muhammad Arshad dan tidak syak lagi memberi kesan kepada perkembangan pelajaran agama pada masa itu.
- 77 -

TOK PULAI CHONDONG

Pada akhir hayatnya iaitu pada tahun 1911 (1330 hijrah), berpuluh-puluh buah pondok telah terdiri berhampiran dengan surau sejauh tiga empat rantai di sepanjang Sungai Pulai Chondong.

Selepas Haji Muhammad Arshad me-ninggal dunia, jawatan imam dipangku oleh Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Hamid (menantunya) kerana imam sebenar iaitu Haji Muhamad bin Haji Muhamad Arshad pada
masa itu berada di Mekah.
Selepas Haji Muhammad meninggal
dunia, jawatan imam disandang oleh anak-nya: Haji Hamzah bin Haji Muhammad yang kemudiannya diganti oleh adiknya iaitu Haji Yusoff bin Haji Muhammad.

Dua lagi anak Haji Abdul Samad iaitu Haji Omar, dilantik menjadi Imam Mukim Kerawang manakala Haji Taib dilantik menjadi Imam Mukim Bagan.

- 78 -

TOK PULAI CHONDONG

Dua orang anak Haji Omar iaitu Haji Abdullah (Tok Kerawat), menjadi Imam Mukim Pangkal Nering manakala Haji Abdul Kadir menjadi Imam Kerawang apabila Haji Omar nmeninggal dunia.

Setelah Haji Abdul Kadir meninggal dunia, jawatan imam Kerawang disandang secara silih berganti oleh anaknya iaitu Haji Muhammad dan Haji Ahmad manakala seorang anaknya lagi menjadi Imam Mukim Laha.

Selepas Haji Ahmad meninggal dunia, imam Kerawang diambil oleh anaknya, Haji Muhammad Arshad dan Badaruddin.

Berkat doa Haji Abdul Samad, sifat ke-pimpinannya ini telah diwarisi oleh anak cucu nya. Mereka menjawat pelbagai jawatan baik di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya.

- 79 -

TOK PULAI CHONDONG
22
SURAU TERBAKAR LAGI
Pada tahun 1888 (1306 hijrah), suatu peristiwa sedih telah berlaku iaitu surau yang didirikan oleh Haji Abdul Samad yang men-jadi pusat pendidikan agama pada masa itu dibakar oleh seorang penduduk Pulai Chon-dong yang bernama Awang Senik (gelarannya: Pak Munah).

Motif-motif disebalik pembakaran surau itu tidak diketahui dengan jelas. Awang Senik diburu oleh penduduk Pulai Chondong dan dibunuh mati malam itu juga.

Tindakan membunuh Awang Senik itu disembahkan kepada Sultan dan Sultan men-
yetujui dan mengampuni tindakan membunuh itu.

Kita masih bernasib baik kerana Menara Masjid Pulai Chondong terselamat dari ke-bakaran tersebut.
- 80 -
TOK PULAI CHONDONG

Sebuah surau yang baharu didirikan dengan seberapa segera untuk memenuhi keperluan penduduk pada masa itu.









ooooo00000ooooo







- 81 -
TOK PULAI CHONDONG
23
PENDIDIKAN ERA PENJAJAH
Setelah kedatangan Inggeris dan apa-bila Sekolah Melayu Pulai Chondong dibuka pada tahun 1924, corak pendidikan secara pondok tidak lagi popular.

Walau bagaimanapun, pelajaran men-genai hukum-hukum agama dan mengaji Quran terus diajar oleh Haji Muhammad bin Haji Muhamad Arshad (cucu Tok Pulai Chondong) dan kemudian disambung oleh Haji Hamzah bin Haji Muhammad (cicit Tok Pulai Chondong).

Pada tahun 1945 Haji Hamzah telah membuka sebuah sekolah Arab di Masjid
Pulai Chondong dibawah pimpinan Encik Ibrahim Baba bin Husin.

Dalam tempoh tiga tahun pertamanya, sekolah Arab itu amatlah maju dan mendapat sambutan yang baik.
- 82 -

TOK PULAI CHONDONG

Kerjasama daripada penduduk Pulai Chondong adalah menggalakkan. Allah-yarham Encik Abdul Rahman bin Wanik telah bermurah hati mengkhairatkan sebidang tanah untuk tapak sekolah tersebut.

Haji Shamsuddin bin Mahmud (cicit Tok Pulai Chiondong) yang pada masa itu men-yandang jawatan Penggawa Daerah Pulai Chondong) pula telah memberi bimbingan dan sokongan yang kuat kepada penubuhan sekolah ini.

Sebuah bangunan sekolah Arab telah berjaya didirikan. Bangunan sementara ini terletak di tepi jalan masuk ke Kampung Alur Melaka.

Tidak berapa lama kemudian sekolah Arab itu diterima oleh Majlis Agama Islam dan diberi nama Sekolah Agama Majlis Agama Shamsul-Maarif.

- 83 -


TOK PULAI CHONDONG
24
SAINGAN DENGAN SEKOLAH AKADEMIK
Pada tahun 1948, sebuah sekolah rakyat telah dibuka di Kampung Galang dengan dipimpin oleh Encik Muhamad Noor bin Yusoff. Pada tahun 1950 sekolah itu di-terima oleh kerajaan sebagai sekolah Melayu Pulai Chondong.

Pada tahun 1948 juga pendidikan cara pondok telah dibuka semula di Pulai Chon-dong (di Kampung Galang) oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Ghazali bin Haji Ismail.

Ketiga-tiga institusi pendidikan yang berbeza corak ini bersaing antara satu sama
lain dan kesan yang kuat dirasai oleh Sekolah Arab Shamsul-Maarif.

Pada tahun 1959 Sekolah Arab Shamsul-Maarif hampir-hampir menemui ajalnya apa-bila timbul cadangan hendak menarik semua ustaz-ustaz yang dibayar gaji oleh Majlis
- 84 -

TOK PULAI CHONDONG

Agama ke Machang kerana kononnya pendu-duk Pulai Chondong tidak berkemampuan hendak menggantikan bangunan sementara yang hampir roboh itu.

Untuk mengatasi masalah ini sekolah Arab Shamsul-Maarif dicadangkan dipindah ke Kampung Galang di mana sebidang tanah seluas satu ekar untuk bangunan sekolah tersebut ditawarkan dengan percuma oleh
Allahyarham Tuan Guru Haji Ghazali bin Haji Ismail. Cadangan itu ditolak oleh penduduk Pulai Chondong dalam suatu mesyuarat yang diadakan pada akhir tahun 1959.

Pada tahun 1960, dengan berkat usaha penduduk-penduduk Pulai Chondong, Sekolah Arab Shamsul-Maarif telah berjaya mendiri kan sebuah bangunan batu yang hingga sekarang masih digunakan.

Dalam masa Sekolah Arab Shamsul-Maarif menentukan hidup matinya, pen-didikan agama secara kecil-kecilan terus di-

- 85 -
TOK PULAI CHONDONG

jalankan di madrasah-madrasah Kampung
Galang dan Kampung Cherang, dan juga di semua surau-surau dalam daerah Pulai Chondong.









ooooo00000ooooo








- 86 -

TOK PULAI CHONDONG
25
NAMA TOK PULAI CHONDONG DIABADIKAN
Pada tahun 1965, Sekolah Menengah Rendah Pulai Chondong dibuka. Ini men-yebabkan Sekolah Arab Shamsul-Maarif dan pendidikan secara pondok sekali lagi men-dapat saingan yang hebat.

Tetapi dengan berlakunya perubahan dalam sistem pelajaran agama, murid-murid Sekolah Arab Majlis Agama juga boleh meng-ambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.

Sekolah Arab Shamsul-Maarif terus ber-gerak bergandingan bahu dengan Sekolah Menengah Pulai Chondong hingga sekarang dan akan terus berkhidmat kepada pen-duduk-penduduk Pulai Chondong.

Sebagai mengenang jasa-jasa Tok Pulai Chondong, maka pada petang 14 Julai 1974, Dato’ Haji Muhamad bin Yaacob, selaku Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu telah
- 87 -

TOK PULAI CHONDONG

melakukan dua upacara serentak iaitu meng-isytiharkan nama sekolah Menengah Pulai Chondong sebagai: Sekolah Menengah Abdul Samad, sempena nama Tok Pulai Chondong dan kemudian terus meresmikan-nya.








ooooo00000ooooo








- 88 -
TOK PULAI CHONDONG
26
PENUTUP
Sesungguhnya, Tok Pulai Chondong ada-lah seorang pemimpin masyarakat yang ter-kemuka pada masa silam.

Kepimpinannya telah mendapat restu dari istana dan seluruh masyarakat di Kelan-tan. Sebab itu jasa-jasanya dalam bidang pelajaran dan pendidikan agama serta khidmatnya kepada masyarakat perlu di-kenang sepanjang masa.

Namun, satu daripada faktor yang meng halang usaha untuk menulis riwayat hidup Allahyarham Haji Abdul Samad ini secara ilmiah dan detail ialah lantaran ketiadaan bahan-bahan bertulis yang boleh dianggap se-bagai dokumen sejarah.

Sumber-sumber cerita mulut yang sahih pula amat sukar didapati kerana orang-orang yang sezaman dengan Haji Abdul Samad
- 89 -

TOK PULAI CHONDONG

semuanya telah meninggal dunia, bahkan orang-orang yang sezaman dengan anak-nya, Haji Muhamad Arshad pun telah tiada lagi.

Memang banyak cerita-cerita berkena-an dengan Haji Abdul Samad tetapi ke-benaran cerita-cerita itu boleh dipersoal-kan.

Hingga kini orang yang boleh dihubungi dan banyak menyimpan dokumen dan banyak mengetahui tentang sejarah Tok Pulai Chon-
dong ialah cicitnya iaitu: Haji Mohd Noor bin Haji Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Su Surau yang kini tinggal di Kampung Surau Pulai Chondong.

Selain itu, Allahyarham Tuan Haji Abdul Samat bin Mahmud (bekas Pengarah Yayasan Islam Kelantan) yang juga cicit Tok Pulai Chondong juga ada menulis tentang RIWAYAT HIDUP HAJI ABDUL SAMAD (TOK PULAI CHONDONG).
- 90 -
TOK PULAI CHONDONG

Dalam kajiannya, beliau telah menemu-bual beberapa orang cicit Tok Pulai Chon-dong yang telah berusaha mencatitkan sedikit sebanyak cerita mulut yang didengar daripada orang-orang yang terlebih tua dari-
pada mereka.
Mereka yang ditemubual itu ialah Tuan Haji Shamsuddin bin Mahmud (bekas Penggawa Pulai Chondong), Abdul Rahman bin Haji Sulaiman (Pak Nik Man Jenerih Bongkok) dan Haji Ahmad bin Haji Abdul Kadir ((bekas Imam Kerawang). Kesemua mereka ini telah kembali ke rahmatullah.

Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Tok Pulai Chondong yang kita kasihi ini. Insya Allah.



- 91 -


SUMBER RUJUKAN:

i. Temubual dengan Tuan Haji Mohd Noor bin Haji Muhammad (Pak Su Surau Pulai Chondong)

ii. Riwayat Hidup Haji Abdul Samat (Tok Pulai Chondong oleh Tuan Haji Abdul Samat bin Mahmud.

iii. TATARAKYAT KELANTAN – Pustaka Dian

iv. Majalah PERISTIWA – Keluaran Mei 1991

iv. Majalah PENGASUH




ooooo00000ooooo



- 92 -

No comments: