Dimana sahaja 'dia' berada,pasti Islam kan agung semula.Bila sahaja 'dia' berbicara,pasti syaitan akan membencinya.Bagaimana sahaja 'dia' memimpin alam maya,tersenyumlah malaikat dengan bangga.Untuk apa sahaja tujuan 'dia' melangkahkan kakinya,nurnya takkan pernah berhenti menerangi insan disekelilingnya.Semoga dikaulah 'dia' yang menjadi kebanggan Agama.Amin

01 January 2011

Cinta Allah x pernah mengecewakan…

Ramai orang berpandangan
Kita perlu bercinta untuk mengenali pasangan
Tanpa perkenalan,mustahil cinta bertandang
Tanpa percintaan,mustahil keserasian dikesan
Mereka sebenarnya terlepas pandang
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan
Taaruf itulah yang mendedahkan keserasian
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan
Islam mengajar manusia taaruf yang tiada sempadan
Terpelihara dan terjaga daripada kemaksiatan
Bukan taaruf melalui bercinta sakan
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan
Bukan serasi dengan kehendak pasangan
Cinta Ar-Rahman menjana kebahagiaan
Lantaran itulah
Batasan Nya tidak boleh dipermainkan…
Cinta Allah tidak mengecewakan…