Dimana sahaja 'dia' berada,pasti Islam kan agung semula.Bila sahaja 'dia' berbicara,pasti syaitan akan membencinya.Bagaimana sahaja 'dia' memimpin alam maya,tersenyumlah malaikat dengan bangga.Untuk apa sahaja tujuan 'dia' melangkahkan kakinya,nurnya takkan pernah berhenti menerangi insan disekelilingnya.Semoga dikaulah 'dia' yang menjadi kebanggan Agama.Amin

01 July 2008

Sejarah Masjid Mukim Tok Pulai Chondong Machang Kelantan

Merupakan antara 4 buah masjid bersejarah di negeri Kelantan, iaitu Masjid Muhammadi, Masjid Kampung Laut dan Masjid Langgar.Keistimewaan masjid ini ialah mempunyai sebuah Menara yang diperbuat daripada kayu cengal batu,menggunakan peralatan tradisional. Di bina pada tahun 1859.........

Seperti pada namanya, masjid ini terletak di Kampung Surau Pulai Chondong, Machang, Kelantan. Oleh kerana masjid ini sangat terkenal, maka kampung tempat berdirinya masjid ini yang semula bernama Kampung Bilal Talib, kini dikenali ramai dengan Kampung Surau.

Pendiri masjid ini ialah Tok Pulai Chondong, seorang ulama’ Kelantan yang terkenal telah terdapat riwayatnya di dalam buku Tata Rakyat Negeri Kelantan ( 1 ). Bagaimanapun, masjid yang ada sekarang adalah masjid yang dibina pada kali keduanya. Masjid pertama yang di bina jauh lebih awal di tempat yang sama ditakdirkan hangus terbakar pada tahun 1273 hijrah bersamaan 1857 masihi. Masjid yang ada sekarang dibina dalam tahun yang sama ( 1857 ),tidak lama selepas peristiwa kebakaran itu berlaku. Ia diperbuatkan daripada kayu dan dengan menggunakan alat – alat pertukangan tradisi seperti kapak, pahat, beliung dan cetar.

Yang sangat istimewa pada masjid ini ialah menaranya. Dengan ukuran tinggi 57 kaki dan diperbuat daripada kayu cengal batu yang ditegakkan gotong – royong, menara ini bolehlah dianggap salah satu warisan pertukangan Melayu yang unik dan dapat dibanggakan.


Kononnya rekabentuk menara ini diilhamkan sendiri oleh Tok Pulai Chondong. Ia berbentuk lapan persegi dengan lilitan luarnya berukuran 12 ½ kaki dan tebal dindingnya 1/4 kaki. Di tengah – tengah menara terdapat sebatang tiang yang tidak bersambung. Paksi tiang ini juga berbentuk lapan persegi, tetapi dengan ukuran lilit yang lebih kecil, iaitu 43 inci di bahagian Pangkal dan 24 inci di bahagian puncak.

Menara ini mempunyai 25 anak tangga yang berbentuk trapezium, dibuat mengelilingi paksi mengikut arah lawan pusingan jarum jam. Jarak purata di antara sau anak tangga dengan satu anak tangga yang lain ialah 1 2/3 kaki. Kesemua ujung anak tangga ini dilekatkan kepada paksi ( tiang ) dan dinding menara bagi menambahkan tegak dan kukuh kedudukannya.

Sebelum bulan Disember 1958 atap menara ini diperbuatkan daripada papan bersusun, tetapi sekarang ( 2008 ) sudah bertukar kepada zink.

Menara ini sudah pun berumur 151 tahun pada tahun 2008. Ia masih tegak berdiri walaupun sedikit miring. Jika sesiapa yang belum pernah pergi ke Itali dan melihat “ Menara Condong Pisa ”nya yang masyhur, anda mestilah digalakkan untuk menziarah Menara Masjid Mukim Pulai Chondong ini sebagai bandingan.

FAKTA – FAKTA SEJARAH

1. Masjid Mukim Tok Pulai Chondong
Kampung Surau,
Pulai Chondong,
Machang,
Kelantan.

2. Masjid asal terbakar pada tahun 1857

3. Ketinggian menara 57 kaki atau 17.2 meter

4. Rekabentuk menara diilhamkan oleh Tok Pulai Chondong

5. Mempunyai 25 anak tangga